Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua,
Semoga anda dalam keadaan sihat sejahtera. Jika anda terjumpa blog ini barangkali anda ingin mencari berkenaan dengan Tunetalk atau perniagaan Tone Excel. Tunetealk- Tone Excel ini semakin berkembang luas dari masa ke semasa. Saya pun baru tahu berkenaan hal ini walaupun sudah lama memerhati dari jauh dan mencari maklumat di internet. Biasalah zaman sekarang kan, orang lebih suka mencari maklumat sendiri berbanding di approach orang yang tidak dikenali untuk mempromosikan sesuatu. Ketika mulut ingin mula mempromosikan sesuatu saya yakin ramai yang akan blok minda awal-awal. Ramai yang rasa akan terkena dan sebagainya. Jangan nak tipu sebab saya pun macam anda juga. Haha.
Bila kawan yang sudah 20 tahun tak jumpa lepas tu call ajak jumpa mesti fikiran kita dah fikir yang bukan-bukan. " Ni mesti nak ajak aku masuk MLM ni" " Ni mesti nak jual apa-apa ni" Dan pelbagai tekaan lain lagi. Last-last sebenarnya kawan nak belanja makan ajak jumpa kawan-kawan lama sebab dapat satu projek besar. Haha. Ok lah berbalik kepada Tunetalk -TE ini, ada beberapa orang yang saya approach sebab nak tahu lebih lanjut tentang program ini, tetapi di layan acuh tak acuh jadi saya pun tak adalah nak serius bagai. Lagipun sememangnya saya dah selesa menggunakan postpaid Celcom dan Digi (walaupun bil yang tinggi..Ohhh). Tapi mungkin kerana saya pernah berhasrat untuk menggunakan Tunetalk bagi menikmati kebaikan-kebaikan yang ditawarkan akhirnya saya dipertemukan dengan seseorang yang memperkenalkan program ini kepada saya. Alhamdulilah. Saya dapat tanya lebih lanjut apa-apa yang saya tidak faham dan keraguan apabila mencari maklumat menggunakan internet. Oleh sebab itu, saya ingin berkongsi kepada anda semua 7 sebab kenapa saya bertukar kepada Tunetalk (nombor lama saya masih belum saya convert ke nombor Tunetalk lagi) kerana saya ingin cuba menggunakan nombor ini terlebih dahulu. Feel the different first. Poyo~~
7 Sebab Kenapa Saya Bertukar Ke Tunetalk?
1) Prepaid. Sebenarnya saya dalam langkah berjimat cermat. Bila saya menggunakan postpaid saya akan menggunakan semaksimum mungkin. Dan saya jarang dapat mengawal penggunaan dan di akhir bulan pasti kena bayar bil yang tinggi. Dah lama saya ingin bertukar kepada prepaid tapi disebabkan malas maka tertangguh di situ. Dengan Tunetalk ni memberikan saya satu motivasi untuk segera beralih kepada prepaid sebab banyak kelebihan yang boleh dinimkati. Guna sambil berjimat dan mendapat manfaat. Yeahh !!!
2) Dengan setiap tambah nilai, kita akan dapat mengumpul mata dalam bentuk points. Apa la sangat kan kumpul points. Haha. Tapi dengan points ini saya dapat menebus secara percuma tiket penerbangan Airasia secara PERCUMA. Cthnya setiap bulan penggunaan bil saya RM 250, maka setiap bulan saya dapat mengumpul 720 points. Di campur dengan points daripada kad Big Tune saya dapatlah nanti saya penerbangan PERCUMA ke mana-mana. Al maklumlah kaki jalan.
Dalam setahun jika penggunaan bil telefon saya konsisten sebanyak RM 250 maka points terkumpul saya ialah 8640 points. Dapatlah saya redeem flight tiket percuma ke Langkawi ( Atau mana-mana destinasi dalam Semenanjung Malaysia. Oklah tu kan? Siapa nak kasi tiket percuma. Dan tentu-tentu apa yang kita topup akan kita gunakan untuk call, SMS dan sebagainya. Kalau campur dengan big points daripada Kad Big saya mungkin saya boleh bercuti ke Bali atau Phuket ( Berangan ~~).
Bali in memories
3) Bila kita topup RM 30 automatik kita akan mendapat extra topup RM 10. Kalau topup RM 50 automatik dapat RM 20 extra. Memang dan jelas dan nyata akan lebih save kan..Haha. Rasanya dah tak payah baca sampai point seterusnya pun dah rasa Ok sangat-sangat kan.
4) Dengan penggunaan RM 60 dan ke atas kita layak mendapat PA Insurans sehingga RM 100,000 bagi kematian dan kecacatan kekal. Tak perlu nak tambah lagi beli insurans asing-asing. Walaupun sebenarnya memang dah ada kan insurans. Ini sebagai tambahan la kan.
5) Setiap kali kita topup pun, selain dapat kelebihan di atas kita juga akan mendapat rebate dalam bentuk tunai yang akan dimasukkan ke dalam akaun kita. Jika kita topup RM 59.00 ke bawah kita akan mendapat rebate 3% manakala jika kita topup RM 60 ke atas kita akan mendapat rebate 10%. Cthnya saya topup RM 250 maka setiap bulan saya akan dapat RM 25. Setahun saya dapat berjimat sebanyak RM 300. Siapa yang nak kasi kan? Hehe.
6) Kepada yang convert dari talian telco lain ke nombor Tunetalk ini berpeluang untuk join cabutan bertuah. Hadiah pertama Proton Preve, dan upline kepada pemenang akan dapat RM 25,000. Walaupun saya tahu saya bukan jenis kaki cabutan bertuah, walau masuk la cabutan bertuah kat mana-mana memang tak pernah menang. Tapi mak saya memang selalu bertuah. Harap2 dapat paksa mak convert nombor dan saya berpeluang dapat RM 25,000. Haha. Ini pun bergantung kepada rezeki masing-masing.
Tapi kalau tak convert nombor memang tak ada harapan langsung.
7) Selain cabutan bertuah, ada juga tu insentif percutian dengan komisen topup tertentu. Next time la saya cerita benda-benda yang teknikal ni. Kalau kaki jalan memang excited bab-bab dapat free percutian ni. Mata berblink2 nampak lautan dan gunung ganang terbentang luas...Haha. Memang automatik jadi gedik bila berangan sambil bercuti angin sepoi-sepoi bahasa.
Oklah, ini antara kelebihan yang kita dapat sebagai pengguna. Jika berminat untuk menjadikan ia sebagai salah satu side income kita sambil2 bekerja atau menjalankan perniagaan sedia ada kita pun boleh. Nanti saya kongsikan pada entri akan datang ye.
JOM BERJIMAT DENGAN TUNETALK.